KDN cadang guna MyDigital ID untuk urusan trafik – Saifuddin - Saifuddin Nasution
KDN cadang guna MyDigital ID untuk urusan trafik – Saifuddin
April 21, 2025


KDN cadang guna MyDigital ID untuk urusan trafik – Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan MyDigital ID kepada pengguna bagi sebarang urursan melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, meskipun penggunaan MyDigital ID tidak diwajibkan, namun ia termasuk dalam dasar kerajaan malah kerajaan bersetuju melakukan pindaan Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi membolehkan penggunaan MyDigital ID.
“Perkara ini masih dalam peringkat cadangan dan belum diluluskan oleh Parlimen.

“Kita menggalakkan mereka (pengguna) menggunakan aplikasi itu bagi mengesahkan identiti dalam sesuatu urusan,” katanya.
Saifuddin juga berkata perkara itu bagi memastikan peningkatan terhadap aplikasi itu pada masa akan datang.
Menurutnya, semua urusan membabitkan JSPT selepas ini akan mengutamakan orang ramai yang berdaftar dengan MyDigital ID.
Beliau turut mencadangkan kepada Pengarah JSPT agar pemberian diskaun saman diberi keutamaan kepada pengguna aplikasi tersebut
“Jika sebelum ini, JSPT bermurah hati memberi tawaran diskaun saman sehingga 50 peratus namun bagi mereka memiliki aplikasi itu kita akan berikan 55 peratus,” katanya lagi.
Beliau berkata demikan ketika berucap pada Jamuan Raya PDRM di Stadium Titiwangsa di sini pada Isnin.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

Ruangan Komen:

Loading...