Infografik Laporan Keseluruhan Pelaksanaan Mekar Komuniti di Pusat Pemindahan Sementera Dewan Masjid Putra Heights
Alhamdulillah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah segera mengambil tindakan proaktif dengan menggerakkan Bas MEKAR ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Putra Heights. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan penggantian dokumen pengenalan diri secara percuma kepada mangsa yang terkesan, sekali gus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.
Sepanjang tiga hari pelaksanaan program, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Pendekatan turun padang seperti ini bukan sahaja mempercepatkan proses penggantian dokumen, malah membantu meringankan beban mangsa yang tidak perlu hadir ke pejabat JPN secara fizikal.
Kami kongsikan infografik laporan keseluruhan pelaksanaan inisiatif ini untuk rujukan semua.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh petugas JPN yang komited menjalankan tugas tanpa mengira masa dan keadaan. Anda adalah wira di sebalik tabir yang memastikan rakyat terus menerima perkhidmatan terbaik, walaupun dalam situasi yang mencabar.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: