Di dalam Dewan Rakyat, saya telah diajukan soalan mengenai inisiatif terkini Jabatan Imigresen Malaysia dalam memperkasakan perkhidmatan, khususnya berkaitan urusan pas kemudahan Imigresen seperti Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan Permit Masuk.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sentiasa komited dalam menambah baik sistem perkhidmatan, seiring dengan keperluan semasa dan aspirasi rakyat.
Justeru, selain agenda digitalisasi, bermula September tahun ini juga, akan ada pembaharuan terhadap syarat permohonan permit masuk bagi pasangan kepada warganegara Malaysia yang saya yakin akan memberi manfaat kepada banyak pihak.
Saya kongsikan infografik petikan jawapan saya bagi memberikan gambaran lebih jelas mengenai inisiatif ini.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: