Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Baik.
Walaupun hujan lebat, seperti Datuk Peto sebut tadi, kita tetap berkumpul sebab sekarang kempen pilihan raya. Dan dalam kempen ini, walaupun di sini ada 13 calon, Datuk Peto dalam kertas undi—dengan lambang Harapan—namanya Datuk Peto, nombor 9.
Nombor berapa?
Nombor 9.
Kalau nombor 9, pantunnya macam ini:
“Po amai-amai
Padi tepi jalan
Mari ramai-ramai
Undi Peto nombor 9.”
Kenang saja pantun tu. Tengku Zafrul tidak pandai pantun, saya boleh.
Pertama sekali saya nak ucap terima kasih kepada penduduk dan pengundi di Kampung Kokol ini. Terima kasih banyak-banyak datang ramai-ramai, bawa anak-anak, tunggu kami sampai.
Saya baru sampai pagi tadi. Tengku Zafrul sudah sampai beberapa hari. Malam nanti, Tengku Zafrul akan balik ke Kuala Lumpur sebab esok Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar, nak pergi ke Afrika—jauh sana. Datuk Seri Anwar tak bawa saya, tak bawa Datuk Peto, tak bawa Setiausaha Politik, tapi dia bawa Tengku Zafrul.
Sebab apa? Sebab Tengku Zafrul membawa nama Malaysia ke seluruh dunia—di Amerika, di Eropah, di Asia. Dia pergi untuk panggil pelabur datang buka kilang di sini, berniaga di sini, supaya orang Malaysia termasuk orang Sabah boleh bekerja, boleh jaga keluarga dan anak-anak.
Jadi Tengku Zafrul sangat penting untuk negara kita hari ini. Bila Tengku Zafrul datang kempen untuk kita, saya percaya esok bila dia terbang dengan Perdana Menteri pergi Afrika, dia akan cerita bahawa dia turun kempen untuk Datuk Peto. Dia akan sebut kepada Perdana Menteri bahawa Datuk Peto, sejak menjadi wakil rakyat sini, telah bantu rumah, bantuan pendidikan, dan macam-macam lagi.
Kalau tuan-tuan pilih Datuk Peto nombor 9 jadi wakil rakyat di sini, Datuk Peto ada Tengku Zafrul sebagai kawan. Tengku Zafrul boleh beritahu Perdana Menteri bahawa Inanam, kalau Peto jadi wakil rakyat, lebih senang kita bantu penduduk kampung ini.
Tapi kalau calon nombor 1—kita tak kenal. Perdana Menteri pun tak kenal.
Calon nombor 2 pun sama—Perdana Menteri tak kenal.
Calon nombor 3—Perdana Menteri tak tahu.
Calon nombor 4—Perdana Menteri tak pernah jumpa.
Calon bebas—Perdana Menteri pun tak tahu asal dari mana.
Tapi kalau sebut Datuk Peto, dia anak jati kampung sini, pernah jadi wakil sini, ada jasa pada orang sini. Para menteri pun kenal dia. Dengan cara itu, lebih mudahlah Datuk Peto tolong selesaikan masalah di tempat kita.
Saya juga kenal Datuk Peto. Kalau Tengku Zafrul bawa pelabur buka kilang supaya orang boleh kerja, saya pula lain tugasan saya. Misalnya, orang sini ibu orang sini, bapa orang sini, tapi anak tak ada sijil lahir. Anak tak ada sijil lahir sebab lambat daftar.
Datuk Peto bawa kes itu—saya selesaikan masa itu juga.
Dan banyak lagi kes yang Datuk Peto sudah angkat kepada saya dan kita sudah pun selesaikan.
Inilah cara kita sebagai wakil rakyat: untuk tolong rakyat.
Tolong apa?
Masalah rakyat.
Masalah apa?
Masalah sijil lahir.
Kalau tak ada sijil lahir:
- Pergi hospital boleh, tapi kena bayar duit yang banyak.
- Tak ada sijil lahir tak boleh masuk sekolah; kalau masuk sekolah, kena bayar lebih.
Jadi kerana Datuk Peto jadi calon di sini, dia bawa semua masalah kepada saya. Dan sebagai Menteri Dalam Negeri, saya akan bantu Datuk Peto sedaya upaya supaya masalah penduduk Inanam dapat kita selesaikan.
Kempen pilihan raya ini, pertama: kenalkan calon.
Jangan lebih kenalkan tukang kempen pula—tak perlu. Tukang kempen, Azan, orang tak kenal tak apa. Tapi Datuk Peto, calon nombor 9:
“Po amai-amai
Padi tepi jalan
Mari ramai-ramai
Undi Peto nombor 9.”
Itu penting.
Sebab apa undi Peto?
Peto ada ramai kenalan.
Peto ada ramai kawan-kawan yang boleh tolong.
Salah satu: Tengku Zafrul.
Nombor dua: Saifuddin.
Kebetulan kami berdua dekat dengan Perdana Menteri. Sudah tentu kalau Datuk Peto bawa masalah orang sini—masalah jalan, rumah, pendidikan, kad pengenalan, kerakyatan, apa saja—asal sampai kepada Peto, dia bawa kepada kami. Dan kami akan tolong kerana Sabah sebahagian daripada Malaysia, dan jaga kebajikan orang Sabah juga tanggungjawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar.
Inilah caranya kita bantu orang Sabah—termasuk di Inanam, di Kampung Kokol ini.
Jangan lupa: 29 hari bulan.
Kad pengenalan jangan tertinggal.
Keluar awal pagi—sekarang musim hujan sebelah petang.
Jaga keselamatan.
Datang awal pagi, masuk tempat undi, bagi kad pengenalan, dapat kertas, celup jari.
Lepas itu, mata hanya tengok satu nombor sahaja: nombor 9. Boleh?
Nombor 1 jangan tengok.
Nombor 2 jangan jeling.
Nombor 3 jangan pandang.
Mata kita tumpu satu saja: nombor 9 – Datuk Peto Galim.
Boleh, tuan-tuan?
Terima kasih.
Tanpa melengahkan masa, saya serahkan kepada Yang Berhormat Tengku Zafrul Aziz.
Terima kasih.







Ruangan Komen: