Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan - Saifuddin Nasution
November 28, 2024

Assalammualaikum wbt.

Saya mulakan dengan mengalu-alukan YAB Dato Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.

Berbahagia Tan Sri Datuk KSU Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar,

Sahabat saya YB Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah Timbalan Menteri KDN.
YBhg. Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Awang Alik Jeman .

Tuan yang terutama Duta-Duta perwakilan asing, berbahagia ketua-ketua Setiausaha Kementerian,

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri badan bukan kerajaan
Hadiri yang dihormati.

Alhamdulillah bersyukur hari ini KDN dapat mengadakan satu majlis yang kita namakan Majlis Peluncuran Tindakan Malaysia Dalam Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan singkatan dalam Bahasa Inggerisnya saya tau perdana menteri paling tak suka kita guna singkatan yang mcm ni MyPCV. Buat masa skrg kita kekal sehingga kita ada istilah yang lebih sesuai.

Saya juga nak ambil kesempatan mengucapkan terima kasih kehadiran YAB Perdana Menteri untuk bersama kita saya percaya tumpuannya nanti adalah mendengar amanat beliau tentang topik kita pada saat ini.

Kenapa perlu ada pelan yang kita namakan sebagai pelan MyPCVE ini? Dia mesti ada latarbelakang dia. Panel kita tadi telah memberikan beberapa lontaran idea memberi gambaran peri pentingnya sebuah negara yang menghargai keamanan dan ketenteraman awam dan sebuah pemerintah yang bertanggungjawab terhadap rakyat lebih-lebih lagi dalam konteks Kerajaan Madani yang mementingkan bukan sahaja pembangunan fizikal tapi juga aspek nilai kasih sayang, murah hati, hormat menghormati, trust, respect, mercy.

Semua nilai-nilai yang baik ini adalah impian Perdana Menteri untuk negara kita capai keadaan itu. Apa lawannya yang boleh menjadikan impian itu tak kesampaian? Banyak element antaranya ialah kalau wujud anasir-anasir yang kita sifatkan sebagai melampau ganas. ini elemen Islam.

KDN tugas hakikinya adalah menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Pelan ini bukan datang kosong. Dia tak hadir dalam keadaan vacuum. kita ada dasar keselamatan negara, kita ada Majlis Keselamatan Negara, pertahanan Mindef, keteteraman awam KDN,dan kita ada dasar, pelembagaan persekutuan yang menguruskan topik ini.

Mari saya kaitkan bagaimana dengan adanya pelan seumpama ini. Ini dalam bentuk module bagaimana dari bulan 9 tahun lepas saya datang ke IGP Amerika Syarikat saya bertemu dengan pelbagai penjawat di sana yang membicarakan topic terrorist dan bila disinggung tentang apa kelebihan malaysia dari kaca mata mereka dalam isu ini secara spesifik disebut adanya satu module yang wujud seawal 2014, 2015 mengenai declaration.

Ini bukan soal kaca mata Amerika kepada kita tetapi di kalangan stakeholders yang menghargai peripentingnya sebuah kerajaan itu mempunyai dokumen sebagai asas panduan sekurang-kurangnya kita ada. Hari ini kita luncurkan pulak pelan yg tertegak di atas empat tiang.

Tiang pertama adalah tiang pencegahan. Yang kedua tiang penguatkuasaan, tiang yang ketiga pemulihan, dan tiang yang keempat tiang pengukuhan. Di atas empat tiang inilah kita berharap kita akan dapat melaksanakan tanggungjawab kita. Dimana kita sekarang? Beberapa bulan yang lepas negara dikejutkan dengan peristiwa serangan balai polis Ulu Tiram. Dua anggota polis dibunuh kejam ada yang dicederakan. Polis buat tangkapan hasil soal siasat dari keluarga penyerang kita dapat establish bahawa ada elemen melampau dan keganasan.

Jelas kerana itu apabila kita adakan pula persidangan keselamatan di dewan ini juga. KDN laksanakan supaya kalau ada lagi yang kita terlepas pandang kita himpunkan hampir seribu peserta. Kita bincangkan 27 kertas semuanya bertemakan keselamatan. Apa sahaja isu yang kita anggap sebagai boleh menjadi ancaman keselamatan terhadap negara termasuklah isu pelampau dan juga keganasan.

Usaha kita tak terhenti disitu, hari ini bila kita jemput Perdana Menteri untuk meluncurkan nanti saya nak menamatkan ucapan saya, rukun berucap sebelum Perdana Menteri ini kalau nak lebih lama jangan berucap lebih panjang dari dia berucap. Baik, sebab tu saya tanya Shamsul pukul berapa Sul pukul tiga. Ok saya paling lama 7 minit lama pun 10 minit lah baru lah sampai mesejnya. ok baik.

Pelan ini ada empat tiang dan ada dua approach. Satu soft approach, kedua hard approach. Panel kita tadi mengupas soft approach dari perspektif kalau dari segi istilah kita pernah tgk kepada Saidina Ali berdepan dengan khawarish yg dikaitkan dengan element pelampau. Khawarish ahli agama hitam dahi ni ahli solat. Tiap-tiap pagi Saidina Ali pergi ke masjid golongan ini berbaris panjang depan muka Ali (sebut) kafir 3x..

Para sahabat berkata wahai Ali kamu khalifah do something. Saidini Ali kata itu pendapat dia jadi apa dia buat soft approach dia hantar Abdullah bin Abas pergi berdialog, Abdullah bin Abas bertanya kenapa kamu tuduh Ali kaafir? ada tiga sebab yang pertama dia tak guna gelaran Amirul Mukminin jadi golongan pelampau ini kata kalau kami bukan Amirul Mukminin kamu Amirul Kafir itu je hujah dia.

Bagaimana Abdullah bin Abas mengunakan soft approach dia kaunter balik dia kata kamu ingat tak perjanjian Hudaibiyah di antara Rasulullah dan Abu Sufian dan Suhal ketika tak disetujui perjanjian damai ini diantaranya Muhammad Rasulullah dengan Abu Sufian maka nabi juga bersetuju mengugurkan istilah Muhammad Rasulullah dan Saidini Ali jurutulis dia. dia buat khawarish back off. Apa sangat Ali tak guna Amirul Mukminin berbanding nabi tak guna istilah Rasulullah dalam perjanjian damai. Satu so dia kalah hujah. soft approach.

Yang kedua dia kata Saidina Ali memimpin peperangan dengan satu kumpulan yang disokong oleh Aishah. Tapi tak ada tawanan tak ada rampasan khalimah perang apa dia cakap. Abdullah Abas kata apa pandangan kamu tentang Aishah? Kamu iktiraf dia sebagai ibu mereka kata ya. Baik adakah kamu sanggup ambil tawanan daripada tokoh yang kamu anggap sebagai ibu? dia kata tidak. Baik apa kamu tak iktiraf dia sebagai ibu? kalau tak iktiraf kamu pulak kafir. So dia back off.

Yang ketiga kenapa kamu kaafirkan Ali kerana dia hukum ini hanya milik Allah. Tapi Ali bagi kepada manusia Abdullah Abas jawab, kamu ingat dalam surah An-Nisa’ apabila berlaku sengketa antara wanita dengan suaminya maka ayat itu kata, Allah s.w.t katakan lantik org tengah daripada keluarga suami dan isteri untuk pendamaian. Ayat ini Allah memerintahkan manusia itu untuk melaksanakan.

Soft approach ini surah dia panjang. Tapi bukan ini platformnya. MyPCVE ini ada elemen menganjurkan soft approach saya tahu concern Perdana Menteri adalah soft approach itu terus tapi jangan sampai tak ambil tindakan langsung. Dan itu yang menjadi cabaran kepada kita KDN. Kerana itu saya tengok daripada peristiwa ini saya katakan bahawa pendekatan hard approach juga mesti menyusul dan plan ini benar-benar mengukirkan beberapa syor yang diberi sebab pendekatan hard approach.

Harapan kami di KDN, adalah pelan ini yang bertahan 2024 sehingga 2028 berhasil daripada kerja keras sumbangan oleh para penyelidik dan semua stakeholders yang terlibat mari kita berikan ucapan penghargaan kepada mereka.

Mudah-mudahan usaha mereka ini kekal sebagai amal soleh mudah-mudahan sebab dia ikut membantu kepada mewujudkan keamanan dan ketenteraman dalam negara kita inshaAllah. KDN komited untuk terus mendokong semua inisiatif seperti ini.

Perkara kedua, saya nak hargai kesudian Perdana Menteri setelah saya menulis empat pucuk surat yang pertama tak dapat, kedua tak sudi, ketiga sibuk, yg keempat hari ini, Alhamdulillah jadi kita beri tepukkan jugalah kepada Perdana Menteri. Pegawai-pegawai saya Datuk KSU Datuk Awang Alih terima kasih KSU lama saya Datuk Ruji dia tinggal impak yang besar kepada kami di KDN terima kasih TKSU Keselamatan En. Halim.

Datuk Zul saya tahu anda telah berikan komitmen yang luar biasa. sehingga terhasil pelan ini. Saya juga hargai dan kepada semua finalist yang mengambil bahagian semua tetamu dan semua hadirin mudah mudahan majlis ini akan kekal menjadi satu majlis yang sangat bermakna memberikan sumbangan signifikan ke arah mewujudkan keamanan dalam negara khusus dan usaha membanteras elemen pelampau dan keganasan.

Ruangan Komen:

Loading...