Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat petang.
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia,
Yang Amat Berhormat sahabat saya Dato’ Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, Dr. Kao Kim Hourn, Yang Berhormat-Ustaz-Ustaz Agong ASEAN, Distinguished Heads of ASEAN Delegations,
Ladies and Gentlemen.
It is my great honour to welcome all of you to the historic city of Melaka.
Negeri ini telah lama menjadi titik pertemuan di mana budaya bersilang, idea bertukar, dan persahabatan bermula. Sejak zaman Kesultanan Melaka, kota ini terkenal dengan perdagangan, diplomasi, dan keterbukaan.
Maka amat sesuai pada hari ini, Melaka menjadi tuan rumah kepada para delegasi ASEAN, sebagai simbol moden kepada keharmonian dan kerjasama serantau.
Under the leadership of Prime Minister Anwar Ibrahim, Malaysia is committed to justice, good governance and regional solidarity.
We walk forward with confidence, guided by the values that have long shaped our nation – respect, diversity and compassion.
There is a Malay proverb, Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
It means: what is strong will endure through storm and sun.
So too is our commitment to ASEAN – enduring, resilient and ready for the future.
Ladies and gentlemen,
Your presence here is more than just diplomacy. It is a promise – a promise that we will stand together untuk menghadapi ancaman yang tidak mungkin dapat ditangani oleh mana-mana negara secara bersendirian. Ia adalah lambang keberanian rantau kita untuk bersatu mempertahankan keamanan, keadilan dan kesejahteraan lebih daripada 680 juta rakyat ASEAN.
Menjadi Pengerusi AMMTC adalah suatu amanah besar, khususnya dalam era dunia yang semakin mencabar. Disrupsi global dan kemunculan teknologi baharu mengubah sama sekali makna keselamatan.
Jenayah rentas sempadan hari ini jauh lebih sofistikated dan berani.
Penjenayah memanfaatkan platform digital, mata wang kripto dan kecerdasan buatan (AI) untuk memperluas operasi mereka.
Mereka merentas sempadan kita secara senyap, mengeksploitasi kelemahan dalam sistem kita, dan mengambil kesempatan daripada golongan yang paling lemah.
19th AMMTC ini adalah platform strategik untuk memastikan bahawa perbincangan kita menghasilkan tindakan konkrit.
Saya ingin mengetengahkan empat keutamaan utama:
- Memerangi penyeludupan dan pemerdagangan orang.
Ini bukan hanya isu perundangan. Ia adalah jenayah yang menghancurkan keluarga dan meragut nyawa demi keuntungan.
Penubuhan Kumpulan Kerja SOMTC tentang Penyeludupan Manusia adalah permulaan yang baik, tetapi kini kita mesti beralih daripada perancangan kepada pelaksanaan – dengan siasatan rentas sempadan yang lebih menyeluruh, undang-undang yang selaras, dan penguatkuasaan yang bersepadu. - Cadangan Malaysia untuk menubuhkan Kumpulan Kerja SOMTC mengenai penghantaran wang.
Wang haram ialah nadi kepada jenayah.
Jika kita berjaya memutuskan aliran kewangan mereka melalui pemantauan yang ketat, peraturan yang mantap dan perkongsian maklumat yang berkesan, kita boleh melemahkan keseluruhan rangkaian jenayah. - Pelaksanaan Program Kerja SOMTC 2026–2028.
Ia tidak seharusnya sekadar senarai aktiviti, tetapi pelan tindakan aktif yang inklusif, berasaskan bukti teknikal, dan dibangunkan secara kolektif oleh semua negara anggota.
Tiada negara yang harus tertinggal dalam memperkukuh keselamatan serantau. - Pembentukan Rancangan ASEAN 2026–2035 untuk menentang jenayah rentas negara.
Pelan 10 tahun ini akan menjadi panduan kita menghadapi ancaman masa hadapan seperti jenayah siber, penipuan dalam talian dan penipuan AI.
Ia akan menyediakan ASEAN dengan keupayaan, kerjasama dan tekad politik yang diperlukan untuk menangani cabaran ini.
Semasa kita melangkah ke hadapan, ingatlah bahawa kekuatan kita berpunca daripada matlamat bersama.
ASEAN telah membuktikan bahawa apabila kita bersatu, kita lebih kuat.
Namun, kesatuan mesti disertai dengan keberanian.
Keberanian untuk menghadapi ancaman baharu, menaik taraf sistem, dan membuat keputusan yang tegas demi keselamatan dan keadilan untuk semua.
Kita mesti melabur dalam petugas barisan hadapan kita – penyiasat, anggota penguatkuasa sempadan, pakar siber dan penyelidik – yang merupakan wira tidak dikenali yang melindungi rakyat kita setiap hari.
Kita juga mesti memperkukuh kerjasama undang-undang serantau, menggalakkan operasi bersama, dan meningkatkan daya tahan digital ASEAN.
Perbincangan kita sepanjang sidang ini harus dipandu oleh satu hakikat:
Tanpa keselamatan, tidak akan ada kemanusiaan.
19th AMMTC ini bukan hanya sekadar perhimpunan.
Ia adalah detik penting untuk membuktikan bahawa ASEAN bukan sekadar satu komuniti negara-negara, tetapi satu komuniti yang bersatu melalui tanggungjawab bersama.
To recap, our agenda is built on four pillars:
- Strengthening the fight against people smuggling and human trafficking
- Establishing a SOMTC working group on money remittance
- Creating an inclusive, action-based SOMTC work programme (2026–2028)
- Developing the ASEAN Plan of Action on Transnational Crime 2026–2035
We all know that generative AI technology is a game changer.
But this technology is only helpful if we have the right and sufficient data.
Itulah sebabnya, perkongsian data amat penting jika kita mahu bekerjasama untuk menutup kelemahan keselamatan.
Saya tahu sebahagian data ini sensitif, tetapi saya percaya, perbincangan kita tentang empat keutamaan ini mesti menyentuh isu perkongsian data dan penggunaan AI generatif.
As written by McKinsey in January 2025, “Officers are ready for AI. Now, leaders must step up.”
We must be those leaders.
Together, these priorities are the building blocks of ASEFA – a stronger and safer ASEAN.
Saya berbesar hati menyambut anda semua ke Melaka sekali lagi.
May your discussions be filled with wisdom, courage and unity.
Let us send a clear message: A secure ASEAN is a strong ASEAN.
Thank you.
Ruangan Komen: