

Malam ini, kita menghantar isyarat jelas kepada dunia bahawa Malaysia tidak akan berdiam diri melihat Gaza terus dizalimi.
Alhamdulillah, saya berpeluang hadir meluncurkan “Malaysian Presidential Council Of The Global Coalition For Jerusalem And Palestine”, sebuah platform yang menghimpunkan NGO, institusi keagamaan dan para aktivis dari pelbagai negara dengan satu matlamat yang sama iaitu mempertahankan kesucian Baitulmaqdis serta membela nasib rakyat Palestin.
Antara usaha yang akan digerakkan tidak lama lagi ialah “The 1,000-Ship Flotilla: Call to Break the Siege” sebuah operasi kemanusiaan maritim terbesar dalam sejarah yang akan menghimpunkan 1,000 kapal dari pelbagai benua, membawa bantuan terus ke Gaza, memecahkan kepungan haram yang sudah terlalu lama menafikan hak rakyatnya.
Ini bukan sekadar pelayaran membawa bantuan. Ia adalah mesej kepada dunia bahawa kita tidak akan tunduk dan tidak akan berpaling.
Saya percaya perjuangan ini mungkin panjang dan jalannya tidak mudah, tetapi selagi ada hati yang peduli, selagi ada tangan yang sudi membantu, Gaza tidak akan pernah bersendirian.
Ruangan Komen: