
Setiap kali saya berucap di Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI, saya tidak pernah lupa untuk menekankan bahawa inisiatif ini lahir daripada hasrat kerajaan untuk mendekatkan perkhidmatan, pembangunan dan peluang terus kepada rakyat di akar umbi.
Begitu juga di Kampung Padang Tanjung, Marang, Terengganu, yang terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Istimewanya, inilah juga kampung kelahiran Ketua Pengarah JPN sendiri.
Seperti kampung angkat lain di bawah inisiatif ini, Kampung Padang Tanjung turut menerima peruntukan sebanyak RM1 juta dan saya gembira melihat bagaimana dana ini dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk projek fizikal dan bukan fizikal yang benar-benar memberi kesan kepada penduduk.
Salah satu aspek yang turut diberi perhatian ialah penambahbaikan kemudahan pengurusan jenazah untuk penduduk kampung. Antara yang telah disediakan ialah van jenazah baharu yang lebih selesa, bilik mandi jenazah yang bersih dan teratur, excavator bagi memudahkan urusan penggalian, serta laluan premix menuju ke kawasan kubur bagi memastikan setiap urusan dapat dijalankan dengan lebih lancar.
Besar harapan kerajaan agar inisiatif Kampung Angkat MADANI ini bukan sekadar memperindah infrastruktur fizikal, tetapi juga memperkukuh nilai kemasyarakatana supaya kemajuan yang dibina terasa bukan hanya di mata, tetapi juga di hati rakyatnya.







Ruangan Komen: