
Alhamdulillah, tempoh hari saya penuhi jemputan untuk bersama Dato Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara dan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur dalam Program Selawat dan Munajat Perdana di Masjid Al Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118.
Program dimulakan dengan bacaan selawat dan qasidah oleh Kumpulan Rabbani, diikuti tausiah serta doa untuk Malaysia yang disampaikan penuh hikmah oleh Tuan Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al Hamid, dan diakhiri dengan solat Maghrib berjemaah.
Majlis ini menjadi satu pengisian jiwa yang memperkukuh hubungan kita dengan Allah SWT dan sesama insan — seiring dengan semangat Kerajaan Madani yang menekankan nilai ihsan, harmoni dan kesejahteraan dalam perkhidmatan kepada rakyat.
Moga setiap selawat dan doa yang dipanjatkan menjadi sumber kekuatan kepada kita semua, khususnya anggota PDRM, dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan negara tercinta. 







Ruangan Komen: