31 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia-China - Saifuddin Nasution
31 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia-China
April 21, 2025

Alhamdulillah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) berbesar hati menjadi antara kementerian yang terlibat secara langsung dalam pemeteraian sebanyak 31 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia-China, bersempena lawatan bersejarah Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping ke Malaysia.
Lawatan ini merupakan yang pertama oleh Presiden Xi dalam tempoh 12 tahun, dan ia jelas mencerminkan tahap keakraban dan kemesraan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Ia bukan sekadar pertemuan dua negara, malah merupakan manifestasi persahabatan sejati yang telah lama terjalin.
Saya percaya bahawa kerjasama strategik yang semakin kukuh ini bukan sahaja akan membawa manfaat langsung kepada rakyat kedua-dua negara, tetapi juga kepada kestabilan, keamanan dan kemakmuran serantau, khususnya di rantau Asia.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...