Malaysia melakar sejarah apabila menjadi tuan rumah kepada “Signing of Cambodia–Thailand Peace Deal” yang disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Donald J. Trump – menandakan kejayaan diplomasi ASEAN dalam mengakhiri sengketa antara dua negara jiran.
Alhamdulillah, saya berpeluang menyaksikan detik bersejarah ini bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden Donald J. Trump, Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet.
Perjanjian ini menjadi simbol keberkesanan dialog, kesederhanaan dan komitmen ASEAN dalam memperkukuh keamanan serta kestabilan serantau.
Selain itu, turut berlangsung “Signing of Framework Agreement on Reciprocal Trade between Malaysia and the United States”, diikuti Sidang Media Bersama YAB Perdana Menteri dan Presiden Donald J. Trump, menandakan hubungan dua hala Malaysia–AS terus diperkukuh melalui kerjasama ekonomi dan keselamatan.
Turut diadakan mesyuarat dua hala antara Malaysia & Amerika Syarikat yang menumpukan kepada kerjasama strategik dalam perdagangan, keselamatan serantau, serta agenda kemanusiaan sejagat.
Perjanjian dan pertemuan bersejarah ini membuktikan bahawa suara ASEAN, khususnya Malaysia, kini semakin dihormati sebagai jambatan perdamaian dunia. Malaysia akan terus memainkan peranan aktif memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa demi keamanan dan kesejahteraan seluruh umat manusia.







Ruangan Komen: