Bersama barisan Top 5 Plus KDN dalam Mesyuarat Penetapan Hala Tuju KDN 2026–2030 - Saifuddin Nasution
Bersama barisan Top 5 Plus KDN dalam Mesyuarat Penetapan Hala Tuju KDN 2026–2030
November 3, 2025

Setiap hala tuju yang jelas bermula dengan perbincangan yang jujur, terbuka dan berpandangan jauh. Hari ini, saya bersama barisan Top 5 Plus KDN duduk semeja dalam Mesyuarat Penetapan Hala Tuju KDN 2026–2030, bagi meneliti secara mendalam arah perjalanan serta masa depan kementerian ini.

Sebagai sebuah kementerian yang berdepan dengan isu yang sentiasa dinamik, kompleks dan berubah pantas, kita tidak boleh kekal statik. Pendekatan lama perlu disemak, strategi baharu mesti digerakkan. Fokus kita ke hadapan adalah untuk memantapkan aspek tadbir urus keselamatan dalam negeri agar seiring dengan keperluan masa kini.
Saya percaya, hala tuju yang kita tetapkan hari ini bukan hanya untuk menghadapi cabaran semasa, tetapi untuk membina asas yang kukuh bagi masa depan keselamatan negara.

Ruangan Komen:

Loading...