
Jenayah siber hari ini muncul sebagai antara ancaman keselamatan paling serius di Malaysia. Dalam lanskap digital yang kian berkembang, penipuan dalam talian kini mencatatkan angka tertinggi bagi kes jenayah komersil di negara kita.
Justeru, ketika dijemput sebagai salah seorang panelis di Cybercrime Ministerial Forum bertemakan “Cybercrime in Malaysia: Challenges and Collaborative Solutions”, dan sekaligus merasmikan penutupan PDRM Special Dialogue III 2025, saya mengambil kesempatan untuk menekankan isu ini dengan lebih jelas.
Lebih membimbangkan, penjenayah siber kini bijak memanipulasi teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan dan platform media sosial. Sebab itu, usaha menanganinya tidak boleh digalas polis sahaja, sebaliknya memerlukan kolaborasi semua pihak seperti kerajaan, swasta, komuniti, malah individu.
Jika siri kali ini memberi fokus kepada jenayah siber, insyaAllah PDRM Special Dialogue Siri 4 yang dijadualkan berlangsung pada suku keempat tahun ini akan menumpukan pula kepada keselamatan jalan raya dan pengurusan trafik. Isu ini juga amat penting kerana ia menyentuh kehidupan rakyat secara langsung,
Saya memberi jaminan bahawa KDN akan terus komited memberikan sokongan sepenuhnya, agar setiap siri dialog bukan hanya menjadi medan diskusi, tetapi melahirkan solusi praktikal yang benar-benar bermanfaat demi keselamatan rakyat dan maruah negara.
Ruangan Komen: