Dialog Belanjawan 2026 Kementerian Dalam Negeri
August 25, 2025
Alhamdulillah, Dialog Belanjawan 2026 Kementerian Dalam Negeri hari ini telah berjaya menghimpunkan para pemegang taruh untuk kami ambil pandangan dan cadangan, supaya hala tuju Belanjawan 2026 kelak benar-benar berakar daripada aspirasi bersama, dan bukannya bersifat satu hala.
Umum mengetahui bahawa selain pendidikan, kesihatan dan pertahanan, KDN juga merupakan antara kementerian yang secara tradisinya menerima peruntukan belanjawan yang besar.
Hakikatnya, peruntukan yang besar datang seiring dengan amanah dan tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan setiap sen benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Saya amat menghargai pandangan, cadangan serta input bernas yang telah diberikan dalam sesi dialog ini. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang hadir, khususnya pemegang taruh yang sentiasa bersama menyokong peranan KDN.

Ruangan Komen:

Loading...