Beberapa hari lagi, Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, yang akan menyaksikan kehadiran ketua-ketua negara serta para delegasi dari seluruh rantau.
Sebagai negara penganjur, ini adalah detik penting bukan sahaja dari segi diplomasi, tetapi juga dalam memperlihatkan kesiapsiagaan serta kecekapan seluruh jentera keselamatan negara.
Sebentar tadi, saya telah diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) PDRM), CP Dato’ Sri Azmi Abu Kassim, berkenaan persediaan dan kawalan keselamatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Taklimat ini amat penting bagi memastikan segala urusan dan pergerakan semasa persidangan kelak berjalan dengan lancar, teratur serta bebas daripada sebarang perkara yang tidak diingini, khususnya yang boleh menjejaskan kelancaran dan keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.







Ruangan Komen: