Saya berkesempatan hadir sebagai salah seorang panel dalam
yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tajuk yang diangkat malam ini cukup besar maknanya iaitu “Integriti dan Kepimpinan Nasional – Iltizam dan Reformasi Holistik dan Sistemik.”
Saya mulakan bicara dengan satu perkara asas iaitu bila pemimpin itu berintegriti, manfaatnya akan dirasai terus oleh rakyat. Integriti bukan sekadar soal imej atau slogan, tapi ia membentuk budaya kerja, menentukan cara keputusan dibuat, dan akhirnya mempengaruhi sejauh mana dasar kerajaan boleh sampai kepada rakyat dengan adil dan telus.
Saya kaitkan juga dengan budaya di Kementerian Dalam Negeri (KDN). Agensi-agensi di bawah KDN seperti PDRM, JIM, APMM dan beberapa lagi memainkan peranan yang sangat kritikal. Kalau integriti hilang, bukan sahaja reputasi tercalar, malah keyakinan rakyat boleh runtuh. Sebab itu saya selalu tekankan, integriti mesti jadi teras, bukan pilihan.
Semoga wacana sebegini akan terus menjadi medan memperkukuh kefahaman, membina kesedaran, dan menyalakan iltizam bersama dalam menjunjung nilai integriti di semua peringkat kepimpinan.
Ruangan Komen: