
Destinasi terakhir saya di Terengganu ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek (SHAMS), Kuala Terengganu bagi meraikan Hari Pendaftaran Negara ke-77 serta Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Hari ini juga menandakan satu lagi langkah besar ke hadapan buat JPN apabila memperkenalkan ikon baharu jabatan iaitu AI JAY, simbol kepada transformasi digital yang sedang digerakkan. AI JAY akan menjadi wajah baharu JPN dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dan akan memastikan maklumat dan urusan dapat diakses 24 jam sehari, secara dalam talian.
Tidak terhenti di situ, JPN turut memperkenalkan aplikasi mudah alih ezJPN, bukti kesungguhan jabatan untuk memudahkan urusan rasmi secara digital. Disokong MyDigital ID dan teknologi e-KYC, rakyat kini boleh berurusan dengan lebih selamat, cepat dan yakin tanpa perlu menunggu lama.
Syabas dan tahniah buat seluruh warga JPN atas 77 tahun yang penuh khidmat, inovasi dan dedikasi. Semoga JPN akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.







Ruangan Komen: