Ketika saya berada di Kelantan, saya berkesempatan bertemu dan meluangkan masa bersama rakan-rakan dari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan.
Seronok apabila dapat duduk semeja, berbincang dan bertukar pandangan—bukan sahaja mengenai hal ehwal semasa negeri, tetapi juga soal perjuangan dan hala tuju parti kita. Semangat yang ditunjukkan oleh rakan-rakan di Kelantan sangat menginspirasikan, dan saya yakin KEADILAN terus kukuh di hati rakyat negeri ini.
Saya titipkan pesanan bahawa agenda reformasi yang kita dokong ini bukan sekadar slogan—ia adalah satu perjuangan berterusan dan tidak akan pernah berhenti selagi kita belum mencapai keadilan sebenar buat semua.
Terima kasih kepada semua rakan-rakan MPN Kelantan atas sambutan mesra dan semangat yang tak pernah luntur. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.
#MalaysiaMadani
#Keadilan
Ruangan Komen: