Himpunan Anak Muda Benteng Negara - Saifuddin Nasution
Himpunan Anak Muda Benteng Negara
August 7, 2025
Saya bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, hari ini menyaksikan sendiri satu gelombang luar biasa di Alor Setar, Kedah iaitu
Ribuan anak muda membanjiri lokasi dengan satu suara, satu semangat, satu tujuan iaitu untuk menyatakan sokongan padu kepada Kerajaan MADANI dan tekad untuk memimpin perubahan.
Saya melihat sendiri bagaimana api semangat mereka menyala. Bukan sekadar hadir, tetapi membawa harapan, keyakinan dan keberanian untuk memimpin perubahan.
Sebagai kerajaan yang bertunjangkan prinsip MADANI, kami tidak pernah berpaling daripada anak muda. Kami rangkul mereka, latih mereka, buka ruang seluasnya untuk mereka memimpin masa depan.
InsyaAllah, Kerajaan MADANI akan sentiasa berdiri bersama kalian. Kita buka jalan, kalian teruskan perjuangan.

Ruangan Komen:

Loading...