
Tak semua keberanian perlu dilaung, ada yang hanya terasa bila mendengar kisahnya.
Ketika berada di di Himpunan Solidariti Bersama Gaza yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, saya mendengar sendiri kisah para sukarelawan Global Sumud Flotilla yang baru pulang ke tanah air semalam.
Saya salute dengan keberanian mereka. Mendengar sendiri kisah yang mereka lalui, dari saat ditangkap hingga berhadapan dengan tentera rejim Zionis, namun tetap teguh, tidak berundur walau seinci.
Walaupun ada suara-suara sinis yang memerli kononnya bantuan itu tidak sampai. Tapi mereka lupa yang tujuan perjalanan itu bukan sekadar menghantar barangan, tetapi menyampaikan mesej. Bahawa dunia belum buta, bahawa masih ada manusia yang menolak untuk diam disaat berlakunya kezaliman.
Dalam masa yang sama, doa kita mengiringi gelombang ketiga flotilla yang kini sedang berlayar ke Gaza. Moga Allah lindungi setiap mereka di lautan itu.
Dan kita di sini, jangan hanya jadi penonton kita harus jadi penyambung suara, penyambung doa, penyambung semangat. Kerana perjuangan Palestin bukan milik mereka semata, ia milik kita semua.







Ruangan Komen: