Menghadiri Istiadat Mengucap Selamat Berangkat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi ini bersempena lawatan negara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ke Arab Saudi dan Bahrain.
Lawatan negara ke Arab Saudi ini mencatat sejarah tersendiri kerana menjadi lawatan rasmi pertama oleh Seri Paduka Baginda sejak kali terakhir dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-7, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada tahun 1984.
Mendoakan semoga perjalanan dan lawatan negara Baginda Tuanku berlangsung dengan lancar serta diberkati. InsyaAllah, kunjungan ini akan terus mempererat hubungan persahabatan antara Malaysia dengan kedua-dua negara berkenaan.
Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia







Ruangan Komen: