Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025 - Saifuddin Nasution
Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025
August 7, 2025
Hari ini kita mengingati dan menghargai semua pahlawan-pahlawan negara di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan tatkala melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air.
Alhamdulillah, saya turut serta hadir ke Istiadat Perbarisan Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2025 di Dataran Pahlawan Negara yang disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Suasana pagi ini begitu menyentuh kalbu dan menginsafkan. Di sinilah kita diajak untuk menyelami erti sebenar khidmat dan bakti, untuk kembali menyedari bahawa keamanan yang kita kecapi ini tidak datang dengan mudah, tetapi dibayar mahal dengan nyawa dan pengorbanan insan-insan terpilih.
Justeru, menjadi tanggungjawab kita hari ini bukan hanya untuk mengenang, tetapi untuk terus menyambung legasi perjuangan ini.
Selamat Hari Pahlawan 2025.
Jasa dan pengorbanan para wira akan terus terpahat dalam ingatan bangsa. Dan buat mereka yang masih setia berkhidmat, kami junjung setinggi-tinggi penghargaan. Negara ini berdiri megah kerana keberanian dan kesetiaan kalian.

Ruangan Komen:

Loading...