
Alhamdulillah, saya berada di Besut, Terengganu bersama keluarga besar Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melancarkan Kampung Angkat Madani & Sekolah Angkat Madani di kampung kelahiran Ketua Pengarah AADK.
Peruntukan untuk pelaksanaan program Kg Angkat Madani di bawah AADK ini bukan hanya fokus pada naik taraf fasiliti seperti masjid, sekolah, dewan & pusat komuniti tetapi juga pada aktiviti pencegahan dadah, sesuai dengan tanggungjawab AADK iaitu menangani isu dadah.
Realitinya, kita berdepan cabaran besar. Sehingga Jun 2025, ada 135,000 penagih direkodkan, kebanyakannya anak muda berumur 15–35 tahun. Ramai masih di usia produktif, tapi sayang bila masa depan mereka terjejas kerana dadah.
Berita baiknya, usaha pemulihan membuahkan hasil. Hampir 80% klien di PUSPEN pulih selepas dua tahun dengan pemantauan berterusan. Ini bukti bahawa harapan sentiasa ada
Saya percaya, kalau kita turun padang bersama komuniti – imam, guru, pemimpin masyarakat – insya-Allah kita boleh kurangkan angka ini.
Saya juga sempat singgah di reruai pameran oleh agensi-agensi di bawah KDN & juga komuniti tempatan. Di akhir majlis, saya menyampaikan beberapa sumbangan kepada komuniti Kg Keluang yang meliputi bantuan kepada golongan asnaf, bantuan makanan dan juga anak-anak sekolah dan juga hadiah kepada pemenang-pemenang beberapa aktiviti yang telah dianjurkan oleh AADK.
Tahniah AADK atas pelaksanaan program ini. Insya-Allah, inilah semangat Madani – apabila kerajaan, agensi dan masyarakat berganding bahu. Kita bukan sekadar membina masjid, sekolah atau dewan, tetapi bersama-sama membina komuniti yang bebas daripada dadah.
Ruangan Komen: