Tahniah kepada Angkatan Muda Keadilan Zon Utara di atas penganjuran Konvensyen mereka pada hari ini di Sungai Petani, Kedah dan terima kasih kerana menjemput saya untuk bersama mereka.
Saya mendengar ucapan perbahasan daripada pucuk kepimpinan mereka hari ini dan saya ucapkan syabas di atas semangat “Keadilan” yang jelas di dalam penyampaian hujah-hujah mereka. Alhamdulillah barisan pelapis pemimpin muda ini menunjukkan semangat yang tinggi terhadap semangat Parti Keadilan Rakyat.
Ini juga yang saya sebutkan di dalam ucapan saya, pesanan kepada anak-anak muda AMK hari ini. Prinsip parti iaitu “Keadilan Untuk Semua” harus sentiasa dikekalkan namun strategi dan pendekatan politik mereka harus sentiasa anjal mengikut keperluan semasa.
Saya turut berkongsi pengalaman saya sepanjang penubuhan KEADILAN, susah senang perjalanan dan perjuangan kami bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi. Yang saya tekankan bukanlah sekadar kisah perjuangan, tetapi semangat di sebalik segala detik perjalanan selama lebih 20 tahun ini.
Penting untuk kongsikan kisah-kisah sebegini agar barisan anak-anak muda KEADILAN ini akan terus bersemangat dalam meneruskan perjuangan parti demi Keadilan Untuk Semua!
Ruangan Komen: