Lawatan kerja ke Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan - Saifuddin Nasution
Lawatan kerja ke Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan
May 15, 2025

Lawatan kerja ke Kompleks ICQS Rantau Panjang, Kelantan bagi menerima taklimat operasi oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang kini beroperasi di 22 pintu masuk negara — permulaan penting ke arah sasaran 140 pintu masuk kelak.
Sehingga 1 Mei, nilai rampasan yang berjaya dicapai mencecah RM400,000 — satu permulaan yang baik. Namun, saya tekankan bahawa penumpuan utama adalah pada aspek pengoperasian, memandangkan AKPS merupakan gabungan pelbagai agensi di bawah satu sistem arahan bersama. Ini bukan sesuatu yang mudah.
Antara keutamaan sekarang termasuklah mempercepat proses pengambilalihan aset dan penyeragaman penjawatan daripada agensi terlibat. Setiap komponen seperti Kastam, Imigresen, MAQIS dan lain-lain perlu menyelaraskan semula perjawatan dan aset demi memperkukuh keberkesanan operasi AKPS di lapangan.
Saya berpuas hati dengan pelaksanaan semasa, namun ruang penambahbaikan masih luas. Kerjasama berterusan antara agensi amat penting agar peta jalan AKPS menjadi lebih mantap dan menyeluruh dalam mempertahankan keselamatan sempadan negara.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...