Pada 4 Mei yang lepas, saya berada di Kelantan untuk lawatan kerja yang dimulai dengan taklimat daripada Datuk Mohd Yusoff Mamat, Ketua Polis Kelantan berhubung status keselamatan dan statistik jenayah semasa negeri ini.
Selepas penutupan 212 pangkalan haram di sepanjang Sg Golok pada Disember tahun lepas, saya dimaklumkan bahawa terdapat penurunan kes yang terkait jenayah sempadan seperti penyeludupan barangan dan kemasukan migran. Syabas saya ucapkan kepada pasukan Polis Kelantan atas komitmen dan dedikasi berterusan mereka, Alhamdulillah ianyatelah membuahkan hasil yang positif.
Namun begitu, isu penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di Kelantan berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Statistik dari tahun 2022 hingga suku pertama 2024 menunjukkan peningkatan dalam tangkapan, rampasan, serta kes sabitan berkaitan dadah — terutamanya jenis sintetik seperti pil kuda.
Penjara Machang & Penjara Pengkalan Chepa kini mengalami kesesakan dan lebih 80% banduan di sana adalah berkaitan kes dadah.
Usai taklimat, saya turut melawat Pangkalan Haram Syed Agil, Pangkalan Haram MCA dan Pos Kawalan PGA Ibrahim Pencen.
Penyalahgunaan dadah dan salahlaku jenayah bukan hanya isu keselamatan, tapi juga isu sosial, pendidikan, kesihatan dan melibatkan kerjasama pelbagai agensi Kerajaan bersama masyarakat.
InsyaAllah KDN dan agensi-agensi seperti PDRM, AADK, AKPS terus komited mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah ini.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: