Lawatan kerja ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan - Saifuddin Nasution
Lawatan kerja ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan
August 11, 2025
Usai Ijtima Madani pagi tadi, saya terus bergerak ke lokasi program seterusnya iaitu lawatan kerja ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.
Saya dibawa meninjau kompleks penjara yang sudah berusia 75 tahun ini. Dari blok penempatan penghuni, kawasan kebun, sehinggalah ke bengkel batik yang menghasilkan pelbagai produk buatan tangan.
Sambil berjalan, saya sempat bertegur sapa dan bertanya khabar dengan beberapa penghuni. Ada yang saya ‘tebuk’ ayat Al-Quran secara spontan, dan rupanya ada di antara mereka mampu membaca Al-Quran dengan sangat baik.
Tapi hakikatnya, penjara yang dah masuk kategori ‘tua’ ini sememangnya memerlukan perhatian. Banyak fasiliti yang sudah usang dan memerlukan penambahbaikan.
InsyaAllah, perkara ini akan saya beri perhatian sewajarnya. Bagi saya, penjara bukan hanya tempat hukuman, tapi juga peluang kedua untuk memperbaiki diri. Dan peluang itu, mesti kita sediakan dengan sebaik mungkin.

Ruangan Komen:

Loading...