Lawatan kerja rasmi di Sabah dengan kunjungan muhibbah kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. - Saifuddin Nasution
Lawatan kerja rasmi di Sabah dengan kunjungan muhibbah kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
October 8, 2025

Memulakan lawatan kerja rasmi saya di Sabah dengan kunjungan muhibbah kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

Antara perkara utama yang kami bincangkan sudah tentu berkenaan urusan melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Sabah disamping turut menyentuh perihal persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal tiba tidak lama lagi, khususnya dari aspek keselamatan.
Sebagai Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, saya turut hadir membawa mandat bagi membincangkan hal terkait kerjasama politik menuju PRN Sabah.
Kami senada bahawa segala bentuk kerjasama mestilah dengan asas keutamaan untuk menjamin suara rakyat negeri ini didengari, dihormati yang sekaligus memberi manfaat besar kepada rakyat dan Sabah.
Terima kasih atas YAB Ketua Menteri, kunjungan hari ini adalah tanda kesungguhan kita memastikan amanah rakyat terus dijunjung dengan penuh tanggungjawab.

Ruangan Komen:

Loading...