Lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Hanoi, Vietnam - Saifuddin Nasution
Lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Hanoi, Vietnam
August 25, 2025
Saya membuat lawatan kerja rasmi selama dua hari ke Hanoi, Vietnam pada 16 Ogos 2025 yang lepas.
Sesampai di Hanoi, saya terima jemputan makan tengahari bersama TYT Dato’ Tan Yang Thai, Duta Besar Malaysia ke Vietnam.
Dalam pertemuan ini, kami sempat berbual mengenai pelbagai perkara yang dekat dengan kepentingan negara dan rakyat kita. Antaranya termasuklah perkembangan sektor pertanian seperti penanaman padi, selain juga topik menarik seperti prospek durian Malaysia di pasaran Vietnam yang semakin mendapat perhatian.
Dato’ Tan turut berkongsi pandangan mengenai suasana semasa di Vietnam, termasuk peluang yang boleh dimanfaatkan rakyat dan syarikat Malaysia di sini, serta cabaran yang perlu diberikan perhatian.
Bagi saya, sesi sebegini bukan sekadar santai makan tengahari, tetapi wadah penting untuk saya mendapatkan gambaran lebih dekat tentang realiti hubungan Malaysia–Vietnam, terus daripada duta kita yang menggalas amanah di sini.

Ruangan Komen:

Loading...