Lawatan rasmi saya ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar membuka mata dan secara jujurnya, mencetuskan rasa kagum yang mendalam terhadap tahap keupayaan Unit Forensik PDRM. Selama ini, bila kita bercakap tentang penyiasatan jenayah, tumpuan umum sering terarah kepada usaha siasatan di lapangan. Namun di sebalik setiap kejayaan itu, unit forensik PDRM inilah yang tanpa henti bekerja di belakang tabir. Saya berkesempatan meninjau beberapa makmal khusus seperti Fingerprint Laboratory, CCTV Lab, Document Lab dan pelbagai unit lain yang memainkan peranan penting dalam menyokong proses siasatan.
Antara demonstrasi menarik yang dikongsikan kepada saya ialah bagaimana rakaman visual yang kabur atau gelap boleh dianalisis dengan kepakaran pasukan forensik sehingga mampu menghasilkan petunjuk jelas, termasuk pengecaman wajah dan susuk tubuh suspek utama dalam sesuatu kes. Inilah antara bentuk kepakaran yang sering menjadi ‘game changer’ dalam merungkai kes-kes jenayah di negara kita. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga Makmal Forensik PDRM atas dedikasi, profesionalisme dan keupayaan luar biasa dalam menyumbang kepada keselamatan negara.
Ruangan Komen: