Hari ini saya berkesempatan hadir ke, yang disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan dan jasa agensi keselamatan negara dalam menangani pelbagai cabaran keselamatan serta isu penting belakangan ini.
Dalam amanat tersebut, beliau turut mengumumkan beberapa insentif dan inisiatif baharu sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI memperkukuh perkhidmatan awam.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan rasa hormat dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga perkhidmatan awam, daripada pegawai di lapangan sehinggalah ke petugas di belakang tabir yang terus bekerja tanpa mengenal penat lelah.
Terima kasih !

Ruangan Komen: