Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) - Saifuddin Nasution
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
June 16, 2025

Peranan RELA bukan lagi seperti dahulu. Fungsinya telah berkembang sejajar dengan keperluan dan cabaran semasa—daripada memastikan kelancaran sesuatu keraian, sehinggalah menjadi antara barisan hadapan menjaga keselamatan di sempadan. Justeru, penghargaan dan pengiktirafan terhadap jasa mereka amat wajar diberi perhatian.
Inilah antara perkara yang saya tekankan semasa menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) hari ini.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada 62 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Saya juga berbesar hati menyampaikan penganugerahan pingat kepada 55 anggota RELA yang terpilih, serta sijil penghargaan kepada 17 orang pesara yang telah menabur bakti sekian lama.
Salah satu sebab utama kita mengadakan penganugerahan ini adalah untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada semua penerima: bahawa organisasi RELA amat menghargai, mengiktiraf dan menyanjung tinggi segala jasa, pengorbanan dan kerja keras yang telah dicurahkan. Sumbangan anda tidak pernah dipandang kecil. Setiap titik peluh anda dinilai dengan teliti, dan apabila anda dipilih, itu bermakna anda benar-benar layak berdasarkan kayu ukur yang telah ditetapkan.
Saya berharap anugerah ini dapat menyemai rasa bangga dalam diri anda sebagai anggota RELA—bukan sahaja sebagai pengiktirafan, tetapi sebagai dorongan untuk terus memberikan khidmat yang terbaik. Semoga ia menumbuhkan kepuasan dalam berkhidmat dan menyemarakkan lagi semangat untuk mengekalkan momentum kecemerlangan yang telah ditunjukkan.
Ingatlah, anda bukan sahaja anggota RELA, tetapi juga sumber inspirasi kepada rakan setugas dan generasi akan datang.

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...