Sesibuk mana pun jadual, saya akan tetap cari ruang untuk hadir ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, kerana saya mahu sampaikan sendiri penghargaan dari lubuk hati yang paling dalam kepada para penerima yang diraikan.
Sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab keatas 11 buah agensi, saya amat memahami bahawa momen-momen seperti ini sangat bermakna bagi penjawat awam. Ia adalah pengiktirafan terhadap kerja keras, dedikasi dan komitmen yang tidak ternilai sepanjang tahun.
Hari ini, seramai 341 orang warga Jabatan Pendaftaran Negara telah diraikan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Ini bukan sekadar sebuah majlis penyampaian sijil dan penghargaan, tetapi ia adalah simbol kepada kepercayaan, pengiktirafan dan penghormatan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan dengan penuh amanah.
Jabatan Pendaftaran Negara ini antara agensi yang perkhidmatannya sangat dekat di hati rakyat. Setiap kelahiran, kematian, perkahwinan, pengenalan diri, semuanya bermula di sini. Sebab itu saya sering tekankan, bahawa kecemerlangan perkhidmatan awam harus diukur bukan sahaja melalui angka atau pencapaian dalaman, tetapi yang paling utama, apabila rakyat berasa puas hati dengan perkhidmatan yang diberi.
Kepada para penerima anugerah, saya ucapkan syabas dan tahniah. Teruskan kecemerlangan ini, dan mudah-mudahan pengiktirafan yang diterima hari ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberi yang terbaik, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi turut membakar semangat rakan-rakan lain untuk turut cemerlang dalam perkhidmatan.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: