Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 299 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada hari ini. Penganugerahan ini bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan, tetapi juga penghargaan terhadap dedikasi, komitmen, dan semangat luar biasa yang telah ditunjukkan oleh para pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia.
Jabatan Penjara Malaysia ini cukup unik kerana mereka tidak berurusan dengan masyarakat umum seperti kebanyakan agensi lain. Sebaliknya, mereka berada di barisan hadapan dalam usaha membimbing, mendidik dan membina semula kehidupan individu yang pernah tersasar, agar mereka kembali menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Pesan saya, buat yang terpilih menerima anugerah hari ini, hadirkan rasa syukur. Jadikan ia pembakar semangat untuk terus melangkah dengan tekun dan ikhlas. Semoga kecemerlangan ini akan terus memberi inspirasi dan dorongan kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: