Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Hari Antidadah Tahun 2025. - Saifuddin Nasution
Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Hari Antidadah Tahun 2025.
June 16, 2025

Saya berkesempatan menghadiri Majlis Hi-Tea Sempena Sambutan Hari Antidadah Tahun 2025.
Majlis seperti ini bukan sekadar sebuah pertemuan sosial, tetapi merupakan platform yang signifikan untuk menyatukan komitmen semua pihak dalam usaha membanteras ancaman penyalahgunaan dadah yang kian mencabar.
Kita tidak menafikan bahawa landskap penyalahgunaan dadah pada hari ini jauh lebih kompleks dan menuntut pendekatan yang lebih holistik dan sistematik.
Melangkah ke hadapan, saya difahamkan bahawa AADK akan terus memperkukuh pendekatan berasaskan komuniti. Fokusnya lebih kepada pencegahan awal, intervensi yang dipandu oleh data dan bukti, serta pelaksanaan modul rawatan baharu yang lebih responsif, inklusif dan berlandaskan sains.
Ini satu langkah yang sangat dialu-alukan. Usaha membanteras dadah bukan boleh dipikul oleh satu pihak sahaja—ia perlu disambut oleh semua, baik agensi, komuniti, mahupun keluarga.
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak penganjur atas kesungguhan dan komitmen menganjurkan majlis seperti ini. InsyaAllah, kalau ada rezeki dan kesempatan, kita jumpa lagi di program akan datang.

#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri

Ruangan Komen:

Loading...