Majlis Iftar bersama dengan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Melaka & Negeri Sembilan. - Saifuddin Nasution
Majlis Iftar bersama dengan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Melaka & Negeri Sembilan.
April 21, 2025

Alhamdulillah, saya berkesempatan berada di bumi Melaka untuk Majlis Iftar bersama dengan Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Melaka & Negeri Sembilan.

Ketika berucap sebentar tadi, saya berkongsi tentang sejarah parti. Sebagai salah seorang yang turut serta ‘membidani’ kelahiran parti ini, sudah tentu banyak kisah yang boleh saya ceritakan untuk dijadikan tauladan.

Menjelang pemilihan parti, saya pesan kepada semua—tidak kira setinggi mana jawatan kita, adalah penting untuk kita ambil tahu tentang sejarah parti kerana ia akan menghadirkan sifat tawadhu’ dan rendah diri.

Sebelum parti berada di kedudukan hari ini, di mana presiden parti kini menjadi Perdana Menteri, banyak liku-liku yang telah dilalui oleh pejuang-pejuang terdahulu. Sebab itu, jangan pernah timbul perasaan riak, sombong, dan lupa diri.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pucuk pimpinan yang hadir malam ini. Semoga ukhuwah yang terjalin semakin erat, bukan sekadar dalam majlis ini, tetapi juga dalam setiap langkah perjuangan kita.

Semoga kita terus istiqamah dalam membawa agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negara yang lebih baik.
#MalaysiaMadani
#Keadilan

Ruangan Komen:

Loading...