Tahniah kepada 436 graduan RELA yang terdiri daripada 139 pegawai, 16 kakitangan dan 281 anggota yang menerima skrol hari ini di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) tahun 2025.
Alhamdulillah ini adalah sebahagian komitmen berterusan kepimpinan KDN untuk mendorong RELA agar penyertaan dalam program TVET ini diperluas, bukan sahaja dari segi jumlah peserta tetapi juga kandungan modul.
Perjalanan latihan mereka akhirnya berbalas dengan kejayaan menggenggam Sijil Kemahiran Malaysia dalam tujuh bidang utama. Sijil ini diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan disusun mengikut piawaian NOSS yang menjadi rujukan kebangsaan dalam bidang kemahiran.
Walaupun mereka berstatus anggota dan pegawai RELA, pencapaian ini memberi nilai tambah besar kepada profesionalisme mereka, selain membuka peluang kerjaya lebih luas, khususnya dalam sektor keselamatan dan pengurusan.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai warga RELA untuk terus menimba ilmu.







Ruangan Komen: