Majlis Makan Malam Santai Madani - Saifuddin Nasution
Majlis Makan Malam Santai Madani
July 16, 2025

Sempena lawatan kerja saya ke Sabah, saya ambil sedikit ruang untuk turut serta dalam Majlis Makan Malam Santai Madani yang menghimpunkan pemimpin masyarakat serta rakan-rakan parti.
Alhamdulillah, suasana malam tadi cukup santai, penuh gelak tawa dan kami saling bertukar pandangan. Dalam kesempatan itu, saya kongsikan juga sedikit sebanyak tentang hala tuju Malaysia Madani yang sedang giat dibawa oleh YAB Perdana Menteri. Fokus kita jelas iaitu nak pastikan ekonomi negara makin kukuh dan rakyat terus terbela.
Tapi yang paling bermakna, bila dapat duduk semeja, bertukar cerita, dengar suara akar umbi, dan merasai sendiri denyut nadi masyarakat setempat.
Terima kasih kepada semua yang sudi hadir malam tadi. Moga silaturrahim ini terus erat, dan perjuangan kita makin kuat.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI

Ruangan Komen:

Loading...