Saya bersama dengan warga kerja Jabatan Penjara Malaysia dalam Majlis Makan Malam sempena Sambutan Hari Penjara ke-235 pada 17 Mei yang lalu. Majlis ini bukan sekadar acara makan malam biasa. Ia adalah malam penghargaan buat barisan hadapan yang jarang kita lihat, tetapi jasanya cukup besar kepada negara. Warga penjara adalah antara individu paling kental, yang setiap hari menggalas amanah besar memelihara keselamatan, membimbing, dan memulihkan insan.
Penjara hari ini tidak lagi boleh dilihat sebagai institusi yang menghukum semata-mata. Kita mahu ia menjadi tempat membina semula kehidupan. Dan saya percaya, dengan semangat serta dedikasi yang ditunjukkan oleh seluruh warga Jabatan Penjara, matlamat ini bukan sesuatu yang mustahil.
Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua petugas penjara di seluruh negara. Teruskan khidmat bakti dengan integriti, empati dan profesionalisme.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: