Majlis Meraikan seramai 387 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Khas Kecemerlangan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 bagi Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Peringkat Negeri Sarawak. - Saifuddin Nasution
Majlis Meraikan seramai 387 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Khas Kecemerlangan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 bagi Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Peringkat Negeri Sarawak.
October 17, 2025

Alhamdulillah, saya berpeluang meraikan seramai 387 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Khas Kecemerlangan dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Tahun 2024 bagi Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Peringkat Negeri Sarawak.

Majlis ini bukan sekadar acara penyampaian anugerah, tetapi lambang pengiktirafan kepada kerja keras, komitmen, dan dedikasi para penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada keberkesanan pentadbiran kerajaan.
Acapkali saya tekankan yang kayu ukur kecemerlangan yang sebenar bukan terletak pada angka atau pujian semata-mata, tetapi pada sejauh mana sistem penyampaian kita benar-benar sampai kepada rakyat dengan pantas, tepat, mesra, dan berkesan tanpa dibelenggu birokrasi yang melambatkan.
Dalam konteks KDN yang menjadi tunjang kepada keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, kecekapan penyampaian bukan pilihan, ia adalah amanah. Dan saya yakin, dengan adanya barisan penjawat awam yang cemerlang seperti malam ini, amanah itu berada di tangan yang tepat.
Sekali lagi, saya ucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Teruskan menjadi inspirasi, bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi kepada seluruh organisasi.

Ruangan Komen:

Loading...