Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan dan Perumahan, Sabah. - Saifuddin Nasution
Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan dan Perumahan, Sabah.
November 3, 2025

Dari Tawau, saya terus bergerak ke Kalabakan untuk hadir ke Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kalabakan dan Perumahan, Sabah.

IPD Kalabakan menjadi antara IPD yang diberi keutamaan kerana peranannya yang strategik di pintu masuk negara, bersempadan dengan ICQS Serudong. Projek ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk memastikan keselamatan sempadan sentiasa terjamin.
Namun yang lebih penting, projek ini turut menyediakan komponen kuarters bagi anggota bertugas. Selalu saya tekankan, kalau hanya bina IPD atau IPK tanpa kuarters, anggota tiada tempat tinggal sesuai, dan akhirnya menjejaskan keberkesanan kerja.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan projek ini. InsyaAllah, dengan kerjasama dan komitmen semua, projek ini akan menjadi tonggak penting memperkukuh keselamatan sempadan dan memastikan anggota dapat menjalankan tugas dengan lebih efisien.

Ruangan Komen:

Loading...