Majlis Peluncuran Benteng Persada di KLIA - Saifuddin Nasution
Majlis Peluncuran Benteng Persada di KLIA
September 10, 2025

Mengambil semangat bulan kemerdekaan, hari ini saya hadir ke Majlis Peluncuran Benteng Persada di KLIA, satu inisiatif oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) untuk menyemarakkan jiwa patriotisme dalam kalangan rakyat.

Peluncuran ini membawa mesej jelas yang keselamatan sempadan bukan hanya tugas penguat kuasa, tetapi tanggungjawab bersama. Ia juga menzahirkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kawalan di semua pintu masuk negara, seiring dengan semangat Malaysia MADANI yang mengangkat nilai perpaduan dan keharmonian.
Pada majlis yang sama, saya turut melancarkan pra-pelancaran pakaian interim taktikal AKPS. Walaupun masih “muda”, AKPS sudah menunjukkan prestasi membanggakan.
Sehingga Julai 2025, seramai 17,658 warga asing telah dikenakan Not to Land, di mana 13,790 daripadanya melalui KLIA dan dalam tempoh sama, berjaya merampas barangan larangan dan tanpa permit bernilai RM1.9 juta di pintu masuk negara.
Semua ini adalah bukti bahawa AKPS berada di landasan yang tepat untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman, sama ada penyeludupan, kemasukan tanpa izin ataupun aktiviti jenayah rentas sempadan.

Ruangan Komen:

Loading...