Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) - Saifuddin Nasution
Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS)
November 3, 2025

Sewaktu berucap di Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), saya tekankan bahawa inisiatif ini diwujudkan kerajaan bagi merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Atas semangat itu jugalah, AKPS telah memilih Kampung Merotai Besar dan Sekolah Kebangsaan Ladang Tiger, Tawau, Sabah sebagai kampung dan sekolah angkat di bawah seliaannya.
Saya turut diberi taklimat berhubung beberapa projek yang sedang dilaksanakan, termasuk pembinaan padang baharu, dataran konkrit untuk sekolah agama, baik pulih tadika, dan beberapa lagi inisiatif lain yang apabila siap nanti, saya yakin akan memberi manfaat besar kepada penduduk kampung.
Syabas dan tahniah kepada seluruh warga AKPS atas kejayaan melaksanakan dua program MADANI ini. Moga usaha ini menjadi bukti bahawa setiap tindakan kerajaan berpaksikan tekad untuk menambah baik kehidupan rakyat, tanpa mengira di mana mereka berada.

Ruangan Komen:

Loading...