Saya berkesempatan untuk menghadiri Majlis Peluncuran Peluang Pekerjaan dan Penyerahan Surat Tawaran Program Latihan Kemahiran Industri ECRL bagi Fasa Pengoperasian dan Penyelenggaraan (O&M) ke Liuzhou, China yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ini merupakan antara projek infrastruktur berskala besar yang bakal merubah landskap pengangkutan negara, khususnya di wilayah Pantai Timur. Saya dimaklumkan bahawa fasa operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang dijangka bermula pada Januari 2027 ini bakal mewujudkan lebih daripada 3,200 peluang pekerjaan, dengan 80% daripadanya akan diisi oleh tenaga kerja tempatan.
Sebagai sebahagian daripada persiapan jangka panjang, seramai 210 penuntut daripada institusi pengajian tinggi (IPT) daripada pelbagai latar belakang akan dihantar untuk menjalani latihan intensif selama setahun di Liuzhou, China. Mereka ini juga juga turut dijamin peluang pekerjaan bersama ECRL sebaik sahaja tamat latihan.
Inisiatif ini merupakan kesinambungan daripada usahasama strategik antara Malaysia dan China, melalui penubuhan ECRL Operation Sdn Bhd — sebuah syarikat usaha sama yang bertanggungjawab mengendalikan operasi dan penyelenggaraan projek ECRL. Kerjasama ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam memperkukuh hubungan dua hala serta memajukan teknologi rel secara bersama.
Saya percaya bahawa pelaksanaan projek seperti ECRL ini bukan sahaja akan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui sambungan logistik yang lebih cekap dan efisien, malah turut memberi kesan kepada pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam industri rel negara.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: