Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia - Saifuddin Nasution
Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia
October 8, 2025

Sewaktu berucap di Majlis Peluncuran Program Komuniti Korektif Kampung Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia, saya tekankan betapa penting dan besarnya manfaat program ini untuk masyarakat setempat.

Setiap kampung yang terpilih akan menerima dana sebanyak RM1 juta, dan dana inilah yang digunakan untuk menaik taraf, membaiki dan membina pelbagai kemudahan demi kesejahteraan penduduk kampung. Ia bukan janji kosong, tetapi sesuatu yang benar-benar boleh dirasai oleh masyarakat.
Sebagai contoh, di Kampung Teluk Nipah, Kota Kuala Muda, kampung yang terpilih sebagai Kampung Angkat MADANI Jabatan Penjara Malaysia, kita dapat melihat sendiri perubahan yang berlaku. Daripada jeti nelayan yang dibaik pulih, sekolah tahfiz dan pondok pengajian yang ditambah baik, hinggalah prasarana asas kampung yang semakin tersusun.
Yang lebih istimewa, bagi Jabatan Penjara Malaysia, program ini bukan sekadar membina semula prasarana fizikal. Ia juga membuka peluang kedua kepada prospek melalui latihan kemahiran, pemulihan spiritual, dan integrasi sosial. Ertinya, ia menyentuh dua sisi penting, pembangunan kampung dan pemulihan insan.
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang berganding bahu menjayakan usaha ini. Moga setiap titik peluh, setiap sumbangan dan kerja keras ini menjadi asbab kebaikan untuk kita bersama.

Ruangan Komen:

Loading...