Majlis pembukaan rasmi 19th ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) - Saifuddin Nasution
Majlis pembukaan rasmi 19th ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC)
September 10, 2025
Hari ini, bumi Melaka kembali mencatat sejarah. Di kota lama yang pernah menjadi nadi perdagangan dan titik pertemuan tamadun dunia, kini sekali lagi kita berhimpun untuk menentukan masa depan keselamatan dan ketahanan ASEAN.
Alhamdulillah, majlis pembukaan rasmi 19th ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sebagai Menteri Dalam Negeri dan tuan rumah, saya melihat peranan ini bukan sekadar tugas rasmi, tetapi amanah besar untuk memastikan hasil perbincangan benar-benar membawa makna kepada lebih 680 juta rakyat di rantau ini.
Mengapa AMMTC kali ini penting?
Kerana jenayah hari ini tidak lagi mengenal sempadan. Penyeludupan manusia, pemerdagangan orang, pengubahan wang haram, penipuan digital, serangan siber, semuanya berlaku lebih pantas, lebih licik, dan lebih canggih.
Namun saya yakin, kekuatan ASEAN bukan hanya pada populasinya, bukan hanya pada ekonominya, tetapi pada semangat setiakawan yang teruji. Bila kita berdiri bersama sebagai satu komuniti, kita jauh lebih kuat daripada jumlah bahagiannya.
Dari bumi bersejarah Melaka ini, kita hantar mesej yang jelas bahawa ASEAN berdiri teguh, memilih keberanian dan perpaduan demi masa depan rakyatnya.
“𝑨 𝑺𝒆𝒄𝒖𝒓𝒆 𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵 𝒊𝒔 𝒂 𝑺𝒕𝒓𝒐𝒏𝒈 𝑨𝑺𝑬𝑨𝑵”

Ruangan Komen:

Loading...