Alhamdulillah saya berpeluang memberikan ucaptama sempena Majlis Pembukaan Rasmi The 25th ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (25th SOMTC) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada 24 Jun 2025 yang lalu, saya tekankan bahawa keselamatan bukanlah satu pilihan, tetapi satu keperluan mutlak.
Kita kini berada dalam era yang menyaksikan perubahan pantas dalam landskap jenayah rentas sempadan, dari jenayah siber, eksploitasi teknologi, hingga ke sindiket penipuan yang beroperasi melangkaui sempadan undang-undang dan kedaulatan negara.
SOMTC ke-25 ini bukan sekadar satu mesyuarat tahunan, tetapi medan penting untuk kita menyatukan suara, menyelaraskan tindakan, dan memperkukuh iltizam kolektif serantau dalam menangani ancaman bersama.
Malaysia menegaskan bahawa kekuatan ASEAN bukan hanya terletak pada jumlah negara atau kedudukan geografi yang strategik, tetapi pada semangat muafakat yang mendalam dan kesediaan berkongsi sumber serta kepakaran dalam menghadapi cabaran global ini.
Kini, lebih dari sebelumnya, ASEAN perlu melangkah ke hadapan dengan berani dan sepakat, bukan sahaja untuk bertindak balas terhadap ancaman semasa, tetapi untuk membentuk masa depan rantau ini dengan visi dan misi yang jelas.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#KementerianDalamNegeri
Ruangan Komen: