Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). - Saifuddin Nasution
Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
April 21, 2025

Hari ini cukup istimewa kerana saya berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karangan, Kulim, Kedah dalam Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Dalam suasana sahur pagi ini, saya sempat untuk beramah mesra dan bersalaman dengan klien-klien yang sedang menjalani rawatan pemulihan di sini. Mereka datang dari pelbagai negeri dan latar belakang, masing-masing dengan kisah hidup yang tersendiri. Ada yang tersilap langkah akibat pengaruh rakan, ada yang terjerumus kerana tekanan hidup, dan ada juga yang melalui pelbagai cabaran sehingga akhirnya mencari jalan keluar melalui program pemulihan ini.
Namun, satu perkara yang saya tegaskan kepada mereka—tidak kira apa jua kisah silam atau bagaimana permulaan hidup mereka, yang lebih penting kita nak di akhirnya mereka semua menjadi insan yang lebih baik.
AADK tidak pernah membezakan sesiapa; selagi mereka berada di sini, mereka akan menerima bimbingan, sokongan, dan peluang kedua untuk memperbaiki diri. Kejayaan sebenar bukan diukur dengan berapa kali kita jatuh, tetapi sejauh mana kita bangkit kembali.
Terima kasih kepada pihak AADK yang sentiasa komited dalam memberikan rawatan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan. Moga usaha murni ini terus diberkati dan lebih ramai yang mendapat peluang kedua untuk membina kehidupan baru yang lebih baik.

Ruangan Komen:

Loading...