Majlis penerimaan pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) - Saifuddin Nasution
Majlis penerimaan pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K)
August 25, 2025
Alhamdulillah. Saya menzahirkan setinggi-tinggi rasa syukur atas pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima daripada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi beliau.
Penghormatan ini saya terima sebagai amanah besar untuk terus berbakti dan memperkukuh khidmat kepada rakyat di seluruh negara, tanpa mengira sempadan negeri.
Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah menitipkan ucapan, doa, dan tanda ingatan.
Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk saya menunaikan amanah ini dengan sebaik-baiknya, demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Ruangan Komen:

Loading...