
Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Perjalanan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC) sampai ke noktah terakhirnya.
Setahun lalu, Malaysia menerima amanah daripada Lao PDR untuk menggalas kepengerusian ini. Sejak itu, dengan penuh tekad, kami berusaha memperkukuh kesepakatan, memperdalam kerjasama, dan memastikan agenda keselamatan rantau terus digerakkan dengan penuh tanggungjawab.
Semua ini bukanlah hasil usaha Malaysia semata-mata, tetapi lahir daripada semangat kebersamaan, perpaduan, dan konsensus ASEAN.
Hari ini, dalam satu upacara simbolik, saya menyerahkan tengkolok kepada wakil delegasi Filipina, yang akan mengambil alih tanggungjawab sebagai tuan rumah dan Pengerusi AMMTC seterusnya.
Malaysia berdiri teguh di sisi Filipina, memberikan sokongan penuh untuk meneruskan misi bersama ini. Kerana pada akhirnya, apa yang kita perjuangkan adalah sama: rantau ASEAN yang aman, selamat, dan sejahtera untuk rakyat hari ini dan generasi masa depan.
Ruangan Komen: